Jangan tak tahu orang lelaki kini ramai yang menggemari fesyen dan oleh kerana itulah kita dapat lihat industri fesyen semakin meriah dengan aneka pilihan pakaian, kasut, beg dan aksesori lelaki. Jadi, untuk entri kali ini kita akan memfokuskan kepada kaum lelaki dengan membincangkan mengenai tips membeli men’s shirt atau kemeja lelaki.
Check this out;
- Sesuai dengan personality
Pertama sekali, penting untuk anda mengenalpasti apakah personality dan citarasa anda. Jika anda gemar memakai kemeja yang berwarna gelap, elakkan daripada membeli kemeja berwarna cerah atau anda tidak akan memakainya kelak.
- Saiz yang sesuai
Penting untuk anda membeli pakaian dengan saiz yang bersesuaian. Jangan beli kemeja yang bersaiz terlalu besar atau terlalu ketat. Saiz yang bersesuaian adalah penting untuk menjamin keselesaan anda.
- Pilih warna yang sesuai
Mengenai warna yang sesuai, anda harus bijak memadankan warna yang dipilih dengan tona kulit anda dan potongan badan anda.
- Elakkan daripada memakai kemeja yang berwarna terlalu terang jika anda berkulit gelap.
- Untuk kelihatan lebih kurus, pakailah kemeja yang berwarna gelap.
- Beli ikut kegunaan
Cara bijak adalah dengan membeli koleksi kemeja yang sesuai digayakan untuk apa jua jenis acara baik sebagai pakaian kasual mahupun ke pejabat.
- Simple is the best
Keep it simple dan elakkan daripada membeli kemeja yang direka dengan rekaan atau motif yang terlalu sarat.
No comments:
Post a Comment